Tentang KoMilenia

gd1299b39b9c3ba231d99626f53ece2049d76c7605f5545c06feb0b3f6f68b0faacda18682b96d0298af3c9dbabdfeffa2bfa027f39ff1f7d9c48aac650c6b6b2_1280-6657322.jpg

Pada 28 Jun 2022, kerajaan menerusi inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) telah melancarkan beberapa inisiatif bagi menyokong aktiviti koperasi di bawah Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi.

Antara teras yang terkandung di bawah Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi ialah penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR). Program ini memberi peluang dan galakan kepada usahawan dalam menjalankan aktiviti ekonomi secara berkumpulan melalui koperasi dengan penubuhan koperasi baharu.

Sehubungan dengan itu, satu Jawatankuasa Penaja penubuhan koperasi telah ditubuhkan pada Julai 2021, sebagai usaha untuk menubuhkan sebuah koperasi baharu di bawah KPR.

Pada 9 November 2021, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memperakukan pendaftaran Koperasi Usahawan Bina Milenia Berhad dengan No. Daftar: 202171401151 di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 dengan pengerusi pertama iaitu En Mohd Isa Bin Ali.

Keanggotaanya sehingga kini adalah seramai 27 orang. Keanggotaan koperasi ini dalah terbuka kepada kakitangan awam, pekerja swasta, usahawan, dan bakal usahawan.

Matlamat penubuhan adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya selaras dengan prinsip koperasi. Sementara tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan kemudahan kepenggunaan dan perkhidmatan kepada anggota.

 

“Urus Koperasi Gaya Korporat. Pemerkasaan Digitalisasi Koperasi.”

Scroll to Top