Pada 9 Januari 2023, ALK KOMILENIA telah berbincang dengan pihak pembangun website untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang spesifikasi, harga dan pemprosesan data yang disediakan oleh syarikat IAZ Resources.
Secara dasarnya pihak Pengurusan KOMILENIA berpuas hati dengan perbentangan yang dilakukan dan meminta pihak penyedia website mengeluarkan sebutharga dan melakukan pembentangan sistem untuk kali kedua kepada ALK KOMILENIA.