12 Feb 2023 bertempat di Bangi Resort Hotel, Bangi telah mencipta lembaran sejarah dengan Majlis Pelancaran Koperasi Milenia Berhad yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Sri Suraini Binti Dato’ Ahmad.
Majlis juga menyaksikan perjanjian persefahaman antara KoMilenia bersama beberapa rakan strategik. Antaranya pembangunan Sistem Pengurusan Koperasi Bersepadu, i-Koop. Agensi Haji dan Umrah, Pembekalan Barangan Kemas dan Agensi Pengiklanan dan Penjenamaan.
Video acara gilang-gemilang tersebut boleh disaksikan melalui Channel YouTube KoMilenia. Untuk album bergambar, sila layari menu Galeri