Anggota Lembaga Koperasi

PENGERUSI

Datuk Hishamuddin bin Abdullah merupakan seorang usahawan dan mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam bidang pengurusan perniagaan. Sebelum menceburi bidang perniagaan, beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar di Universiti Putra Malaysia.

Kini, beliau merupakan Pengarah syarikat EC Sham Ventures Berhad serta beberapa anak syarikat dibawahnya. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Korporat daripada Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di universiti sama.

Dalam bidang pengurusan koperasi, Datuk Hishamuddin pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Koperasi Makmur Malaysia Berhad (KOMAKMUR) dan mempunyai pengalaman 5 tahun dalam pengurusan koperasi. Antara pencapaian KOMAKMUR di bawah kepimpianan beliau sebelum ini ialah, koperasi berjaya membuka tujuh (7) cawangan kedai emas, dan lapan (8) buah pasaraya. Beliau juga telah berjaya meluaskan kawasan operasi perniagaan koperasi ke seluruh negara. Beliau juga telah dilantik sebagai penasihat Konsortium Koperasi Pahang.

Dalam usahanya untuk meningkatkan taraf ekonomi bumiputera khususnya melalui gerakan koperasi, Datuk Hishamuddin telah menubuhkan Koperasi Usahawan Bina Milenia Berhad dan kini telah dilantik sebagai pengerusi.

SETIAUSAHA

Encik Mohd Isa bin Ali merupakan Pengurus Kanan Koperasi Kakitangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Berhad yang telah berkhidmat selama 7 tahun. Sebelum ini, beliau pernah bekerja dengan beberapa syarikat multinasional seperti Goodyear Sales & Marketing Sdn Bhd, F&N CocaCola Malaysia Sdn Bhd dan Michelin Malaysia Sdn Bhd selama lebih kurang 15 tahun.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran daripada Universiti Malaya dan Diploma Lanjutan Pengauditan Koperasi daripada Institut Koperasi Malaysia (dulu dikenali sebagai Maktab Koperasi Malaysia). Beliau juga merupakan ahli bersekutu ICMA (Institue of Cooperative Management & Auditors).

BENDAHARI

Encik Mohd Fairuz bin Nordin merupakan pemegang Diploma Akauntansi daripada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.

Beliau mempunyai pengalaman selama 15 tahun berkhidmat dengan beberapa syarikat swasta tempatan dan antarabangsa diantara nya Gerbang Perdana Sdn. Bhd. dan RHB Bank Berhad. Beliau kini berkhidmat di ExxonMobile Corporation.

Scroll to Top