Anggota Lembaga Koperasi

PENGERUSI
Datuk Hishamuddin bin Abdullah merupakan seorang usahawan dan mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam bidang pengurusan perniagaan. Sebelum menceburi bidang perniagaan, beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar di Universiti Putra Malaysia.
Kini, beliau merupakan Pengarah syarikat EC Sham Ventures Berhad serta beberapa anak syarikat dibawahnya. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Korporat daripada Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di universiti sama.
Dalam bidang pengurusan koperasi, Datuk Hishamuddin pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Koperasi Makmur Malaysia Berhad (KOMAKMUR) dan mempunyai pengalaman 5 tahun dalam pengurusan koperasi. Antara pencapaian KOMAKMUR di bawah kepimpianan beliau sebelum ini ialah, koperasi berjaya membuka tujuh (7) cawangan kedai emas, dan lapan (8) buah pasaraya. Beliau juga telah berjaya meluaskan kawasan operasi perniagaan koperasi ke seluruh negara. Beliau juga telah dilantik sebagai penasihat Konsortium Koperasi Pahang.
Dalam usahanya untuk meningkatkan taraf ekonomi bumiputera khususnya melalui gerakan koperasi, Datuk Hishamuddin telah menubuhkan Koperasi Usahawan Bina Milenia Berhad dan kini telah dilantik sebagai pengerusi.

SETIAUSAHA
Mohd Isa Ali berpengalaman dalam sektor korporat lebih daripada 20 tahun dan pernah berkhidmat dengan syarikat-syarikat multinasional. Beliau juga mempunyai pengalaman berkoperasi selama 15 tahun dan pernah menguruskan sebuah koperasi berkaitan dengan kementerian.
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dari Universiti Malaya dan Diploma Lanjutan Pengauditan Koperasi dari Institut Koperasi Malaysia (dulu dikenali sebagai Maktab Koperasi Malaysia). Beliau juga merupakan ahli bersekutu ICMA (Institute of Cooperative Management & Auditors)

BENDAHARI
Encik Mohd Fairuz bin Nordin merupakan Usahawan yang berpengalaman dalam bidang Pentadbiran dan Sumber Manusia selama 15 tahun bersama beberapa syarikat swasta tempatan dan Antarabangsa seperti RHB Bank Berhad, PHN Industry Sdn Bhd, Ibex Security Sdn Bhd dan ExxonMobil Exploration & Production Malaysia Inc.
Beliau mendapat pendidikan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang dan memperolehi Diploma dalam bidang Perakaunan.

