SELAMAT DATANG

KOPERASI MILENIA BERHAD

No Daftar Koperasi : 2021717401151 [MOF : 357-0002351001]

Info Ringkas

  • Julai 2021 – Pembentukan Jawatankuasa Penaja penubuhan koperasi.
  • 10 Oktober 2021 – Mesyuarat Agung Permulaan.
  • 9 November 2021 – Pendaftaran Penubuhan Koperasi Usahawan Bina Milenia Berhad dimetrai.
  • 29 Disember 2022 – Pindaan Undang-Undang Kecil keseluruhan Koperasi Usahawan Bina Milenia Berhad yang selepas ini dikenali sebagai Koperasi Milenia Berhad telah dimetrai. Fungsi koperasi juga dipinda daripada pengguna kepada perkhidmatan. Selain daripada itu, KoMilenia juga menjalankan aktiviti kredit untuk anggotanya.

“Urus Koperasi Gaya Korporat.
Pemerkasaan Digitalisasi Koperasi.”

Aluan Pengerusi KOMILENIA

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

Pertama sekali, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T.  atas  limpah  rahmat-Nya,  Koperasi  Milenia Berhad (KOMILENIA) telah dapat ditubuhkan pada 9 November 2021. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan kerana telah banyak  membantu pihak  jawatankuasa  penaja koperasi dalam menjayakan penubuhan KOMILENIA. Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada semua anggota lembaga serta anggota koperasi atas kepercayaan melantik saya sebagai Pengerusi KOMILENIA. Sesungguhnya, amanah dan tanggungjawab ini akan saya galas dengan sebaiknya dalam memacu perjalanan KOMILENIA ke arah yang lebih cemerlang.

Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan pelan pembangunan perniagaan koperasi yang akan dijalankan selama tiga tahun bermula Jun 2022. Lima teras utama perniagaan koperasi yang dijalankan ialah perniagaan pembekalan emas, pembinaan &  perundingan,  pertanian  &  perladangan,  pembekalan  &  perdagangan,  dan  latihan  & khidmat perundingan. InsyaAllah, pelan pembangunan perniagaan ini akan dapat dilaksanakan dengan dokongan dan sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya semua anggota  dan bakal  anggota  KOMILENIA.  Dalam menjayakan  misi  ini juga,  koperasi telah bersinergi dengan beberapa syarikat tempatan termasuk syarikat bertaraf G7 serta beberapa agensi kerajaan.

Kini, KOMILENIA aktif dalam merangka dan merancang pelan pembangunan tanah di Bandar Baru Bangi yang telah dikenalpasti sangat berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai pusat pertanian bandar. Projek ini dijangka akan mula berjalan pada awal Oktober 2022. Dengan pembangunan projek ini, ianya dijangka dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat disamping dapat menampung keperluan bekalan makanan negara.

Akhir kalam, saya menyeru kepada semua pihak untuk turut serta dalam menjayakan pelan pembangunan perniagaan koperasi ini dengan bersama-sama menjadi anggota KOMILENIA. Saya mewakili semua Ahli Lembaga Koperasi sangat mengalu-alukan penyertaan tuan-tuan & puan-puan ke dalam koperasi ini.

Sekian, terima kasih.

DATUK HISHAMUDDIN BIN ABDULLAH
Pengerusi KOMILENIA    

TERAS PERNIAGAAN
01.

Perniagaan Emas

02.

Khidmat Kredit & Pembiayaan Anggota

03.

Pembinaan & Perundingan

04.

Pertanian & Perladangan

05.

Pembekalan & Perdagangan

05.

Latihan & Khidmat Perundingan

Pecahan Modal Syer Permulaan

RM 0
Perniagaan Emas
RM 0
Khidmat Kredit & Pembiayaan
RM 0
Pembinaan & Perundingan
RM 0
Pertanian & Perladangan
RM 0
Pembekalan & Perdagangan
RM 0
Latihan & Rundingan
Scroll to Top